Apa Itu SPF

Apa itu SPF

SPF (Sun Protection Factor) berfungsi melindungi kulit kita daripada pendedahan daripada sinaran matahari secara langsung. Lebih tepat lagi ianya sebagai pelindung daripada sinaran UV. SPF dinyatakan pada produk-produk sunscreen atau sunblock mengikut tahap tertentu, bermula dari SPF15, 20, 30 dan seterusnya.

Angka SPF yang tertera pada produk pelindung matahari menunjukkan berapa lama produk tersebut mampu untuk melindungi kulit kita daripada terdedah kepada sinaran UV secara langsung. Semakin tinggi nilai SPF semakin bagus tahap perlindungannya.

Sinar UV pula terbahagi kepada 3 iaitu:
  • UVA
  • UVB
  • UVC
Nilai SPF ini merupakan ukuran bagi berapa lama produk sunblock atau sunscreen tersebut boleh melindungi kulit kita daripada sinaran UVB yang boleh mengakibatkan masalah seperti kulit menjadi lebih gelap, jeragat, penuaan pramatang, kerosakan DNA dan lebih teruk lagi adalah kanser kulit.

Apa Perbezaan SPF15, SPF30 dan SPF50?

Katakan anda mampu bertahan di bawah sinaran matahari selama 10 minit sebelum kulit mula terasa pedih (sunburn) tanpa pemakaian produk pelindung matahari. Dengan menggunakan pelindung matahari SPF15 anda mampu bertahan selama 15 kali ganda lamanya sebelum kulit mula rasa terbakar. Dalam kiraan mudah, penggunaan SPF15 bermakna kulit anda tidak akan rasa terbakar selama 150 minit, bersamaan 2 jam 30 minit.

Bagi pelindung matahari yang mempunyai SPF30, ketahanannya menjadi 10 minit x 30 bersamaan 300 minit atau 5 jam.

Manakala bagi SPF50 pula ketahanannya menjadi lebih lama iaitu melebihi 8 jam atau boleh dikatakan mendapat perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UVB.

Info Lanjut: Kenapa Kulit Terasa Pedih Apabila Terkena Matahari?

Tahap ketahanan kulit terhadap cahaya matahari bagi setiap orang adalah berbeza mengikut warna kulitnya.

Jika anda mempunyai kulit yang cerah, anda lebih cepat terasa terbakar berbanding orang yang kulit asalnya lebih gelap. Ini bermaknya, orang yang berkulit cerah memerlukan produk pelindung matahari dengan SPF30 ke atas berbanding dengan orang berkulit gelap cukup sekadar menggunakan SPF15 pada kadar pendedahan matahari yang sama.

Selepas menggunakan SPF anda perlu mencuci muka dengan teknik double cleansing untuk menanggalkannya dengan sempurna.

Kesan Awal Sinaran Matahari Terhadap Kulit

Umum mengetahui terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari boleh menjadikan kulit kita lebih gelap. Selain itu jeragat juga mudah terhasil yang menjadikan tona warna kulit kita tidak sekata.

Tahukah anda? Di Korea amat jarang dijual produk untuk merawat jeragat.

Ini kerana orang Korea sangat menitikberatkan penjagaan kulit dengan SPF. Dengan mengamalkan SPF kulit bukan saja lebih sihat, malah boleh juga mencerahkan kulit secara semulajadi. Tidak perlu lagi menggunakan produk pencerah kulit jika mula menjaga kesihatan kulit dari awal.

Adakah SPF Sudah Memadai untuk Melindungi Kulit?

Tidak! Selain daripada radiasi sinaran UVB, kulit kita juga terdedah kepada sinaran UVA yang mana boleh juga mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang terutamanya menjadi punca utama kepada kedutan di muka dan penuaan (aging).

Kesan UVA dan UVB pada Kulit

Bagi melindungi kulit daripada sinaran UVA, kita perlukan produk yang mengandungi sistem kiraan PA (Protection Grade of UVA). Sistem PA ini biasanya terdapat pada produk kecantikan dari Asia dan mula dikenalkan di Jepun. Secara amnya ia menunjukkan tahap perlindungan kulit kita terhadap sinaran UVA.

Sebagaimana SPF, PA juga mempunyai tahap nilai perlindungan yang tertentu di mana PA+++ adalah jauh lebih bagus dalam melindungi kulit daripada radiasi sinaran UVA berbanding PA+.

Baca: Kesan Buruk Daripada Sinaran UV Matahari

Anda boleh dapatkan kedua-dua produk pelindung matahari ini secara berasingan ataupun boleh juga dapatkan yang mempunyai kedua-dua perlindungan dalam satu produk seperti DerMAGs BB Cushion SPF50 PA+++. Pelindung matahari yang melindungi daripada kedua-dua sinaran UVB dan UVA ini juga dikenali sebagai Broad Spectrum.

DerMAGs BB Cushion SPF50 PA+++


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kulit Terasa Pedih Bila Terkena Matahari?

KENAPA MUKA SAYA TERASA PEDIH SELEPAS GUNA CLEANSER?

Kenapa Jeragat Semakin Gelap Selepas Guna Dermags?